Petua Hilangkan Jeragat





Jika Anda Serius... Ini Adalah Petua Hilangkan Jeragat Yang Anda Boleh Lakukan


Keberkesananya Juga Tidak Boleh Dinafikan Lagi. Malah ia Adalah Cara Menghilangkan Jeragat Yang Paling Murah! 





Tapi yang penting mestilah ada kesanggupan dan kesabaran yang tinggi untuk anda mengamalkannya. 

Jangan jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’. Keberkesan sesuatu petua bukan sekadar hanya melakukan sekali dua sahaja.Tetapi ia perlu berterusan dan memakan masa. 


Ambil Perhatian!
Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. 

Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar  tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya.


Petua Hilangkan Jeragat Yang Mudah



Petua #1
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lima minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. Amalkan setiap hari hingga jeragat hilang.




Petua #2
Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.






Petua #3
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.




Petua #4
Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.




Petua #5
Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.




Petua #6
Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.

Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti skrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.




Petua #7
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.



Masalah Jeragat Boleh Membuatkan Seseorang Itu Hilang Keyakinan Diri. Oleh Itu, Bagaimana Nak Mengamalkan Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat? 
Ia Akan Dibongkarkan Di Sini..




Adakah anda juga turut menghadapi masalah jeragat atau tompok-tompok hitam di muka? Malah ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik. Jeragat atau ‘melasma’ di muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan penduduk Asia umumnya.

Ia merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi samada lelaki atau wanita  yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.







Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat. Ada satu amalan yang disyorkan untuk anda ikuti tentang petua hilangkan jeragat dengan cepat dan ia dikombinasikan dengan menggunakan ubat jeragat terbaik yang berada di pasaran. Hasilnya juga juga amat memberangsangkan.

Ya..Ini adalah suatu amalan mudah yang amat syorkan untuk anda disamping menggunakan produk untuk jeragat yang boleh didapati di pasaran online sekarang.  Boleh juga dikatakan ini adalah sebagai petua hilangkan jeragat bagi mempercepatkan lagi tindakbalas dengan produk untuk jeragat yang anda gunakan.


>> FORMULA <<


Tapi sebelum itu anda MESTI tahu punca-punca mengapa jeragat itu terjadi. Untuk pengetahuan anda sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan jeragat. Tetapi  secara ringkasnya diterangkan apakah 6 punca UTAMA terjadinya jeragat.


6 Punca Jeragat Yang Perlu Anda Ketahui


Punca Jeragat #1 – Sinar Matahari
Pancaran Sinar matahari mengandungi sebenarnya sinar UV  A & UV B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.

UV A boleh merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula boleh merosakkan sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi.

Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan Pigmentasi / Jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit. 




Punca Jeragat  #2 -  Kehamilan
Adalah menjadi satu keadaan yang normal dimana wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

Oleh itu, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa yang dihadapi  ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.
Ada juga terdapat dikalangan sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.


Punca Jeragat #3 -  Rawatan Hormon
Kajian yang dijalankan oleh pakar kulit menyatakan bahawa rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan juga akan menyebabkan banyak mengalami masalah jeragat.

Punca jeragat ini disebabkan oleh keadaan dimana hormon menjadi tidak stabil. Ramai yang menyatakan  berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.




Punca Jeragat  #4 - Ubat- ubatan
Ya. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi kesan sampingan yang memudaratkan pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkanlapisan kulit baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.







Punca Jeragat  #5 - Hypothyroidism
Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.







Punca Jeragat #6 – Wangi-Wangian
Penggunaan Pewangi/wangian, sabun wangi dan kosmetik yang selalu kita gunakan juga boleh jadi punca  menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh anda dinasihkatkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural atau bahan-bahannya adalah daripada sumber semula jadi.

Tetapi  ia bukanlah suatu yang wajib anda lakukan. Anda sudah pun ketahui  6 punca utama mengapa terjadi Jeragat yang telah diterangkan sebelum ini. Oleh itu mungkin anda sendiri sudah dapat mengetahui  kenapa anda ada jeragat daripada 6 puncanya yang disebutkan tadi.



Cara terbaik menyelesaikan masalah jeragat ialah melalui puncanya. Kenalpasti kemungkinan punca jeragat dan selesaikan bersama-sama penggunaan produk untuk menghilangkan jeragat yang anda miliki.

Anda sudah pun ketahui  6 punca utama mengapa terjadi Jeragat yang telah diterangkan tadi. Oleh itu mungkin anda sendiri sudah dapat mengetahui  kenapa anda ada jeragat berdasarkan daripada 6 punca utama yang disebutkan tadi.

Oleh itu, petua hilangkan jeragat yang terbaik ialah menyelesaikan masalah melalui puncanya. Selagi kita tidak mengenalpasti puncanya; gunalah apa sahaja petua dan produk, masalah jeragat kemungkinan besar tidak akan diselesaikan. Kenalpasti kemungkinan punca jeragat dan selesaikan bersama-sama penggunaan produk yang dikeluarkan KHAS untuk menghilangkan jeragat.


>> FORMULA <<


Oleh Itu, Apakah Petua Yang Patut Anda Gunakan Dan Apa Pula Produk Jeragat Yang Patut Anda Gunakan?

Adakah anda perlukan gunakan petua hilangkan jeragat yang telah diterangkan di awal-awal tadi? Jawapannya 'TIDAK'. Petua itu memerlukan KOMITMEN yang tinggi seperti dari segi kerajinan melakukannya setiap hari, mencari/menyediakan bahan-bahannya dan masa melakukannya.


Petua/Amalan Yang DiSyorkan Untuk Anda Ikuti Tentang Cara Nak Hilangkan  Jeragat Dengan Cepat Disamping Menggunakan Produk Menghilangkan Jeragat


-1-
Petua Hilangkan Jeragat  Dengan  Amalan Mudah Yang Disyorkan..


Petua Pertama : Yakin Boleh Pulih!
Ramai sahaja yang tak percaya dan tidak yakin bahawa jeragat boleh hilangkan dengan cepat. Adakah anda percaya? Kalau anda sendiri tidak percaya maka memang susahlah nak hilang sebab sangkaan kita itu adalah KEYAKINAN kita dan DOA. Allah berfirman,

”Aku itu sebagaimana sangkaan hamba Ku”. Jadi anda mesti sangka baik.
”Aku boleh cantik & aku akan cantik. Aku dalam proses untuk cantik semula” Kata-kata  seperti  tu dalam hati. InshaAlla  akan jumpakan cara menyembuhkannya.

Yakin lah! Dengan menggunakan produk untuk jeragat yang telah anda pilih, maka jeragat anda boleh hilang!



Petua Kedua : Ambil Anti-Oksidan Yang Tinggi

Bayangkan kulit anda sesihat kulit anggur atau epal. Segar, licin, tegang dan kuat. Adakah anda tahu apa rahsia kulit buah ni ?

Jawapannya ialah ANTI-OKSIDAN YANG TINGGI.

Lapisan kulit epal dan anggur ni ada tinggi anti-oksidan. Hingga ia dapat melawan penyakit dan boleh kekal tegang dalam masa yang lama.

Sama la juga dengan kulit kita. Kita memerlukan antioksidan yang tinggi melawan dan mengatasi jeragat.

Antara kesan antioksidan pada kulit :

Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan yang lain.
Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah.
Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat.
Memperlahankan kehilangan kolagen dalam kulit.
Menegang kulit.
Mencerah dan menyegarkan kulit.

Anti-oksidan semulajadi ialah dari buah- buahan dan sayuran yang jauh lebih hebat.  Banyakkan memakan buah-buahan delima dan anggur merah dan sayur tomato, lobak dan sayuran berdaun hijau.



Petua Ketiga : Stabilkan Hormon & Naikkan Kolagen
Masalah ini biasanya dihadapi oleh wanita sahaja. 

Stabilkan Hormon
Majoriti wanita menghadapi masalah kulit akibat hormon sampai ke usia 50 an. Hormon yang tidak stabil akan melemahkan kesihatan kulit.
Masalah hormon tak stabil biasanya berpunca dari stress, hamil dan pengambilan perancang.Kesannya, kulit jadi tak kuat untuk pemulihan dan melawan jeragat.
Untuk stabilkan dicadangkan anda mengambil minyak Borage yang sangat berkesan untuk mengawal hormon. Bagaimana nak mendapatkan Minyak Borage? Pergi sahaja di farmasi dan minta nasihat mereka untuk membeli produk yang mengandungi minyak Borage. 

Naikkan Kolagen
Kurang kolagen, kulit pun kurang cantik. Kolagen ni bukan untuk putih saja. Tapi kolagen juga untuk kesihatan keseluruhan kulit.
Caranya, ambil Vitamin C semulajadi. Cara yang bantu jeragat hilang dengan cepat.
Dan pastikan vitamin C tu ada teknologi ‘ Sustained Released‘. Bila ada, vitamin C akan diserap hampir semua. Tak la membazir kan macam kebanyakan jenama dipasaran.
Boleh juga anda memperbanyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.






Petua Keempat : Elak Matahari

Dalam masa kita sedang sembuhkan jeragat, jangan pula kita dekat dengan punca jeragat. Matahari yang terik akan tumbuhkan bintik hitam jeragat semula.

Jadi elakkan berpanas. Guna sunblock. Paling baik amalkan makan vitamin atau krim pelindung matahari. Ia akan menghalang kulit terbakar bila berpanas.




-2-
Gunakan Produk Hilangkan Jeragat Yang Disyorkan..


Produk untuk menghilangkan jeragat yang disyorkan ini adalah produk terbaik. Ia bertindak dengan efektif kerana bertindak dari dalam dengan menyerap nutrisi dengan kadar yang lebih cepat.